Kelas Advokasi Dan Ict
8 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 7 November 2019, pelajar sekolah rendah menyertai kelas advokasi dan kelas ICT. Mereka diberi pendedahan terhadap kesedaran penggunaan internet dalam kehidupan seharian. Mereka ditayangkan video dan penerangan terhadap video dilakukan bagi memudahkan mereka memahami intipati video tersebut. Kelas ICT pula memberi pendedahan penggunaan internet dalam kehidupan seharian. Mereka diperkenalkan dengan enjin carian maklumat di internet bagi memudahkan mereka membuat rujukan.
Intipati pelajaran adalah seperti berikut :
- Tayangan video maklumat palsu
- Mencari maklumat di laman web internet
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: